Tuesday, 4 June 2013

JUMLAH TANDAS / KAMAR SELESA SAIKHAD

Pelan lokasi kamar selesa SAIKHAD

Kamar selesa (KS) untuk pelajar  di aras bawah  
KS  1  :          1 buah  tandas (4 kubikal)
KS  2  :          1 buah tandas (3 kubikal) 

Kamar selesa (KS) untuk pelajar di aras 2
KS  6  :           1 buah  tandas (4 kubikal)       

Kamar selesa (KS) untuk pelajar dilaluan ke padang   
KS  7  :           1 buah  tandas (2 kubikal)                       

Kamar selesa  untuk  Pengetua  dan Pelawat  diaras  1
KS 3   :          1 buah  tandas (2 kubikal) 

Kamar selesa  untuk  guru  diaras  1
KS 5 (lelaki)             :          1 buah  tandas (3 kubikal)
KS 4 (perempuan)  :          1 buah  tandas (2 kubikal)


Jumlah keseluruhan kamar selesa  adalah   sebanyak  7 buah.


Jumlah  keseluruhan tandas di 6 buah kamar selesa adalah sebanyak  20 buah.

PERTANDINGAN ANUGERAH TANDAS BERSIH SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2013

PENGENALAN

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberikan keselesaan dan menggambarkan   kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah. Program pertandingan anugerah tandas bersih peringkat sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara langsung dapat memupuk budaya menjaga serta mengamalkan kebersihan bangunan terutamanya tandas. Disamping itu ianya juga dapat menaikkan imej sekolah.

Dengan moto “Tandas Bersih Kami Suka”, dapat melahirkan pelajar yang mencintai amalan sihat  berpunca daripada kebersihan. Dengan moto Tandas Bersih Kami Suka  ini juga diharap dapat mengikis tanggapan sebelum ini bahawa tandas merupakan tempat yang kotor dan menjijikkan.


Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “Call of nature“ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.


KESIMPULAN

Pertandingan Anugerah Tandas Bersih sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara tidak langsung merupakan salah satu aktiviti jawatan kuasa 3K (unit tandas) bagi tahun 2013. Ianya sedapat mungkin menggariskan pengisian program pertandingan  dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah secara bekerjasama. Dimasa yang sama semangat kecintaan terhadap tandas dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat utama disamping dapat menceriakan lagi tandas  atau lebih dikenali sebagai Kamar Selesa.


Walaupun terdapat kekangan,  kerana masih ada segelintir pelajar yang tiada kesedaran sivik dan tidak memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan tandas, ianya bukanlah penghalang untuk memastikan matlamat tandas bersih dan ceria tercapai. Disamping itu ianya juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat untuk dipraktikkan dirumah bagi menjaga kebersihan tempat kediaman pula.

RASIONAL / MATLAMAT DAN OBJEKTIF TANDAS SAIKHAD

RASIONAL

Bertujuan mewujudkan budaya setempat di sekolah secara berterusan menjaga kebersihan tandas. Suasana dan persekitaran yang bersih, ceria dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar,  secara tidak langsung dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.


MATLAMAT

Memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas bagi mewujudkan suasana yang bersih, ceria, cantik dan mempunyai kemudahan yang m encukupi untuk pelajar,  selaras dengan visi sekolah bagi mencapai kecemerlangan akademik yang berteraskan ilmu, iman dan amal.


OBJEKTIF

  • Dapat mewujudkan tandas sekolah yang lebih selesa, ceria dan harmonis dimana secara tidak langsung mendorong pembelajaran dikalangan pelajar.
  • Pelajar dapat mempraktikkan kebersihan tandas di sekolah juga di rumah.
  • Peratus kebersihan tandas sekolah dapat ditingkatkan.
  • Memupuk  sikap bertanggungjawab dan kerjasama  diantara semua warga sekolah.
  • Melahirkan generasi yang prihatin serta memiliki disiplin dan kesedaran  yang tinggi terhadap kebersihan dan keceriaan.
  • Membudayakan pelajar dan semua warga sekolah ke arah menjaga kebersihan dan keceriaan tandas

MURAL KAMAR SELESA SAIKHAD


















Monday, 3 June 2013

AMANAT PENGETUA





Assalamualaikum dan salam sejahtera

            Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 2013 ini.

Tandas mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna, bersih, wangi dan kondusif agar pengguna berasa selesa dan sihat. Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas.

“Tandas Bersih Kami Suka” itulah motto yang dipilih SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan kebersihan tandas pada sepanjang masa.Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah.

Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus bersih bukan sahaja dari segi rohani dan jasmani tapi dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan keseluruhan persekitaran sekolah terutama didalam dan di luar tandas.

Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan.


Sekian terima kasih.





(Pn. Faridah Bt. Ismail)
PENGETUA SAIKHAD

PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS

Usaha sekolah dalam mewujudkan kamar Selesa (tandas selesa).

  •  Tandas sentiasa dijaga bersih dan dalam keadaan baik. Terdapat  tong khas sanitari ditandas pelajar perempuan dan tandas guru perempuan/ pengetua untuk membuang tuala wanita.
  • Sinki  dan mangkuk tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat .
  •  Melukis  mural  serta meletakkan bunga-bunga hiasan yang bersesuaian  disetiap kamar selesa.
  •  Menampal arahan-arahan serta kata-kata nasihat termasuk bacaan doa masuk dan keluar tandas.
  •  Menyediakan jadual tugasan pembersihan yang perlu dilaksanakan sebanyak tiga kali sehari .
  • Pewangi tandas diletakkan bagi memastikan kamar selesa khususnya tandas  berbau segar.
  • Bagi mengekalkan kebersihan kamar selesa, pihak sekolah  mewajibkan pelajar menggunakan selipar khas untuk memasuki tandas.
  • Pihak sekolah juga telah menyediakan bekas tissue dan sabun disetiap kamar selesa.
  • Jawatan kuasa keceriaan tandas sentiasa Memastikan tiada unsur-unsur vandalism dalam kamar selesa.
    


Program kesedaran yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pelajar.

  • Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas dengan motto “Tandas Bersih, pakaian bersih, solat sah”.
  • Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan.
  •  Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru.
  •  Menghafaz doa masuk dan keluar tandas. Melaksanakan adab sebelum, sedang dan selepas qada’ hajat.


 

 

TEMA / MOTTO / KONSEP TANDAS SAIKHAD

MOTTO

Motto atau Tema untuk tandas SMA Assaiyidah Khadijah bagi tahun 2013 ialah “Tandas Bersih Kami Suka”.  Untuk itu konsep rekaan hiasan mesra alam, ceria dan berinformasi serta kalimah doa masuk dan keluar tandas di bahagian luar menjadi tarikan pelawat  serta warga Assaiyidah Khadijah khususnya. Warna-warna lembut dan ceria memberikan kesan sejuk serta nyaman. Landskap yang tersusun rapi di bahagian luar dan dalam menambah keselesaan pengguna. Di bahagian dalam ruang tandas dihias dengan kata-kata hikmah, peraturan, arahan-arahan dan info yang berguna, ditulis dalam tulisan jawi dan pelbagai bahasa seperti B.Melayu,B.Inggeris dan B.Arab dikalangan pelajar.Contohnya papan tanda 'tandas' dan 'dilarang merokok' di tulis dalam 3 bahasa yang tida di pasaran.



Keistimewaan

Penerapan nilai murni.
Lukisan mural bacaan doa untuk masuk dan apabila keluar tandas, serta adab-adab yang perlu diamalkan secara Islam di bahagian hadapan tandas dapat menanamkan nilai-nilai murni di jiwa pelajar.

         

Kata-kata hikmah dan informasi
Terdapat banyak kata-kata hikmah dan poster-poster informasi ditampalkan didalam setiap tandas pelajar dan guru, secara langsung dan tidak langsung dapat memberi kesedaran dan mendidik disamping memberi  manfaat ‘dua dalam satu’ iaitu menggunakan tandas atau kamar selesa dan mendapat informasi.


 

Membawa impak positif

Keceriaan kamar selesa mendorong warga sekolah mencintai kebersihan dan menghargai kemudahan yang sedia ada ke arah melahirkan masyarakat 1 malaysia yang mengamalkan nilai-nilai murni.

LATAR BELAKANG / SEJARAH TANDAS SAIKHAD


PENGENALAN

Tandas mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna, bersih, wangi dan kondusif agar pengguna berasa selesa dan sihat. Untuk itu penggunaan istilah “Kamar Selesa”  secara langsung  dapat memberi  gambaran tentang keselesaan sesebuah tandas. Merujuk Kamus Dewan kamar bermaksud bilik atau ruang. Selesa bermaksud kondusif. Kesimpulannya ‘Kamar Selesa’ bermaksud ruang yang selesa dan kondusif.

 


SEJARAH

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah yang pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Lapis Merlimau pada tahun 1980 hingga 1995 beroperasi dengan menumpang di satu unit banggunan Sekolah Rendah Agama Merlimau (1980), berpindah ke Sekolah Kebangsaan Merlimau (1982), berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (1991) dan pada 1992 berpindah ke Sekolah Rendah Agama Pulai. Selama 15 tahun menumpang dan berpindah randah,begitulah juga dengan tandas atau kamar selesa pada waktu itu menumpang dan berpindah randah.Akhirnya pada tahun 1995 SMA Assaiyidah Khadijah mendapat bangunan yang kekal hingga sekarang.ini bermakna hanya pada tahun 1995 SMA Assaiyidah mula mempunyai kemudahan tandas sendiri yang lengkap.

Sehingga sekarang banyak usaha-usaha menaik taraf keselesaan dan kemudahan tandas telah dilakukan. Diantaranya lantai tandas ditukar kepada tiles dan mozek daripada hanya simen biasa, Sinki yang lebih selesa dan sistem perpaipan yang teratur. Sehingga kini  Sekolah Menengah Assaiyidah Khadijah mempunyai 4 buah tandas untuk pelajar(13 kiubikul) ,1 buah tandas untuk guru lelaki(3 kiubikul), 1  tandas guru perempuan (2 kiubikal) dan 1 buah tandas  pengetua/pelawat (2 kiubikul)

JAWATANKUASA TANDAS / KAMAR SELESA


JAWATANKUASA TANDAS / KAMAR SELESA

Jawatankuasa Induk Peringkat Sekolah






CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kebaikan program ini dilaksanakan ialah dapat memberi kesedaran kepada pengguna tandas SMA Assaiyidah Khadijah khususnya di kalangan pelajar tentang kepentingan pengurusan tandas dengan cara yang betul. Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, kemungkinan pelbagai penyakit berjangkit boleh dihidapi. Sungguhpun begitu, untuk menanamkan rasa tanggungjawab secara berterusan dihati pelajar bukanlah perkara yang mudah. Untuk itu bantuan dari pihak PPD dengan kerjasama JPM jika dapat mengadakan kem atau program khas untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya tandas ceria dan bersih secara berterusan amat dihargai. Selain itu faktor masa, kos dan keadaan fizikal tandas / kamar selesa di sesebuah sekolah juga perlu diambil kira semasa pemantauan atau penilaian program anugerah  tandas bersih ini.

JADUAL PEMBERSIHAN TANDAS/KAMAR SELESA SAIKHAD


CONTOH JADUAL PEMBERSIHAN TANDAS 
Tarikh/ Masa/
MINGGU PERTAMA
Perkara
2-May
3-May
4-May


7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
Tandas
















Lantai
















Sinki
















Cermin
















Pewangi
















Tarikh/

MINGGU PERTAMA
Masa

2-May
3-May
4-May
  
Nama

7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
T/tangan
















Disemak oleh















Tarikh/ Masa/
MINGGU KE 2
Perkara
6-May
7-May
8-May
9-May
10-May


7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
Tandas
















Lantai
















Sinki
















Cermin
















Pewangi
















Tarikh/

MINGGU KE 2
Masa

6-May
7-May
8-May
9-May
10-May
Nama

7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
7.15 pg
12.00 tgh
4.00 ptg
T/tangan
















Disemak oleh