Monday, 3 June 2013

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kebaikan program ini dilaksanakan ialah dapat memberi kesedaran kepada pengguna tandas SMA Assaiyidah Khadijah khususnya di kalangan pelajar tentang kepentingan pengurusan tandas dengan cara yang betul. Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, kemungkinan pelbagai penyakit berjangkit boleh dihidapi. Sungguhpun begitu, untuk menanamkan rasa tanggungjawab secara berterusan dihati pelajar bukanlah perkara yang mudah. Untuk itu bantuan dari pihak PPD dengan kerjasama JPM jika dapat mengadakan kem atau program khas untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya tandas ceria dan bersih secara berterusan amat dihargai. Selain itu faktor masa, kos dan keadaan fizikal tandas / kamar selesa di sesebuah sekolah juga perlu diambil kira semasa pemantauan atau penilaian program anugerah  tandas bersih ini.

No comments:

Post a Comment