PENGENALAN
Persekitaran
sekolah yang ceria dan bersih memberikan keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi
dikalangan warga sekolah. Program
pertandingan anugerah tandas bersih peringkat sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara langsung dapat
memupuk budaya menjaga serta mengamalkan kebersihan bangunan terutamanya
tandas. Disamping itu ianya juga dapat menaikkan imej sekolah.
Dengan
moto “Tandas Bersih Kami Suka”,
dapat melahirkan pelajar yang mencintai amalan sihat berpunca daripada kebersihan. Dengan moto
Tandas Bersih Kami Suka ini juga diharap
dapat mengikis tanggapan sebelum ini bahawa tandas merupakan tempat yang kotor
dan menjijikkan.
Demikianlah
kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air
dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas
merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika
kita tiba-tiba mendapat “Call of nature“ di sekolah yang tandasnya rosak dan
kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih.
Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita
terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang
menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah.
Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang
remeh.
No comments:
Post a Comment