Tuesday 4 June 2013

KESIMPULAN

Pertandingan Anugerah Tandas Bersih sekolah-sekolah Negeri Melaka ini secara tidak langsung merupakan salah satu aktiviti jawatan kuasa 3K (unit tandas) bagi tahun 2013. Ianya sedapat mungkin menggariskan pengisian program pertandingan  dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah secara bekerjasama. Dimasa yang sama semangat kecintaan terhadap tandas dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat utama disamping dapat menceriakan lagi tandas  atau lebih dikenali sebagai Kamar Selesa.


Walaupun terdapat kekangan,  kerana masih ada segelintir pelajar yang tiada kesedaran sivik dan tidak memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan tandas, ianya bukanlah penghalang untuk memastikan matlamat tandas bersih dan ceria tercapai. Disamping itu ianya juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat untuk dipraktikkan dirumah bagi menjaga kebersihan tempat kediaman pula.

No comments:

Post a Comment