Monday, 3 June 2013

PROGRAM KEBERSIHAN TANDAS

Usaha sekolah dalam mewujudkan kamar Selesa (tandas selesa).

  •  Tandas sentiasa dijaga bersih dan dalam keadaan baik. Terdapat  tong khas sanitari ditandas pelajar perempuan dan tandas guru perempuan/ pengetua untuk membuang tuala wanita.
  • Sinki  dan mangkuk tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat .
  •  Melukis  mural  serta meletakkan bunga-bunga hiasan yang bersesuaian  disetiap kamar selesa.
  •  Menampal arahan-arahan serta kata-kata nasihat termasuk bacaan doa masuk dan keluar tandas.
  •  Menyediakan jadual tugasan pembersihan yang perlu dilaksanakan sebanyak tiga kali sehari .
  • Pewangi tandas diletakkan bagi memastikan kamar selesa khususnya tandas  berbau segar.
  • Bagi mengekalkan kebersihan kamar selesa, pihak sekolah  mewajibkan pelajar menggunakan selipar khas untuk memasuki tandas.
  • Pihak sekolah juga telah menyediakan bekas tissue dan sabun disetiap kamar selesa.
  • Jawatan kuasa keceriaan tandas sentiasa Memastikan tiada unsur-unsur vandalism dalam kamar selesa.
    


Program kesedaran yang dilaksanakan oleh sekolah bersama pelajar.

  • Mendisiplinkan pelajar peri pentingnya menjaga kebersihan tandas dengan motto “Tandas Bersih, pakaian bersih, solat sah”.
  • Penerangan dan peringatan dari masa kesemasa setiap kali perhimpunan.
  •  Pelajar mengadakan gotong royong bersama guru.
  •  Menghafaz doa masuk dan keluar tandas. Melaksanakan adab sebelum, sedang dan selepas qada’ hajat.


 

 

1 comment:

  1. Terima kasih share ilmu kamar selesa di sini.semoga dimurahkan rezeki. saya mohon kebenaran untuk copy. tq

    ReplyDelete