Monday 3 June 2013

AMANAT PENGETUA





Assalamualaikum dan salam sejahtera

            Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 2013 ini.

Tandas mampu menggambarkan imej sesebuah organisasi. Justeru ruang ini perlu diurus dengan sempurna, bersih, wangi dan kondusif agar pengguna berasa selesa dan sihat. Justeru itu dengan menyertai program pertandingan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga SAIKHAD betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas.

“Tandas Bersih Kami Suka” itulah motto yang dipilih SAIKHAD. Harapan saya dengan kalimah ini dapat menggalakkan seluruh warga SAIKHAD menjaga dan mengekalkan kebersihan tandas pada sepanjang masa.Justeru itu menjadi amalan berpanjangan sehingga di rumah.

Saya berdoa agar warga SM Arab Assaiyidah Khadijah akan terus bersih bukan sahaja dari segi rohani dan jasmani tapi dapat mengekalkan kebersihan dan keceriaan keseluruhan persekitaran sekolah terutama didalam dan di luar tandas.

Harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan.


Sekian terima kasih.





(Pn. Faridah Bt. Ismail)
PENGETUA SAIKHAD

No comments:

Post a Comment